Bahan-bahannya:
1/2 ekor ayam kampung (saiz kecil rm 12 sekor)
2 biji buah pear.
1 biji buah apple.
1 biji ubi kentang.
1 batang karot.
5-6 biji kurma cina.
2 biji buah tomato.
1/2 batang leek.
1/2 tsp lada sulah.
Cara-caranya:
- Ayam di buang kulitnya dan di potong mengikut saiz yang di kehendaki.Bersih dan toskan.
- Apple ,pear,kentang dan buah tomato di potong empat.
- Leek di kerat-kerat.
- Karot di belah dua dan di potong agak besar agar tak hancur semasa di reneh nanti.
- Masukkan semua bahan-bahan di atas ke dalam periuk dengan air yang mencukupi.
- Masak dengan api yang perlahan sehingga ayam empuk dan kuahnya bertukar menjadi sedikit keruh.
- Akhir sekali masukkan lada sulah.
- Sup ayam seperti ini tak perlu letak garam atau perasa lain.Lebih sedap jika di kekalkan dengan rasa asalnya.
Alhamdulillah kami dah siap makan sup ayam ni :).Rasanya seakan-akan Stew Ayam .Sesuai untuk yang nak kurangkan berat badan atau yang suka dengan diet yang sihat.Cm sangat suka buah pear dalam sup ni.Sedap ada rasa masam-masam manis.
No comments:
Post a Comment