G'day Mate!
Dah puas melayan keindahan bunga tulips dalam entry yang lepas?
Apa kata kali ni kita pegi naik steam train pulak? Untuk mengimbau kenangan macam mana naik steam train. Dalam kunjungan aku tahun lepas, aku tak naik train ni. Jadik, trip kali ni by hook or by crook memang aku mesti naik jugak! If not, mogok? Hahaha
Entry tahun lepas berkenaan Puffing Billy ---> HERE
Dari Tesselaar Tulip Festival menuju ke Puffing Billy, Belgrave Station tak jauh mana pun kira-kira 12km saje. Just nice kan? Still lalu jalan ikut GPS lalu ikut celah-celah taman negara. Time ni lebih kurang jam 12 tengah hari.. ada la hujan renyai-renyai menambahkan lagi rasa dingin arini. Dah masuk lunch hour, why not kita picnic tengah hutan ni? So, aku stopkan kereta kat satu hentian rehat ataupun macam lebih kurang kawasan perkelahan keluarga. Agak menarik plus ada kerusi meja semua. Paip air pun ada untuk basuh tangan! Hujan pun dah berhenti...
Let's!
kawasan piknik yang indah permai tapi sejukkkkk! |
lorong menuju kebenaran? |
bekalan makan tengah hari : nasik dingin, kicap manis indonesia, tuna magik dan kerepok keping? |
Memang makan tengah hari ni memang agak menggigil jugaklah akibat sejukkkk! Nasib baik ke baby Irdina tak meraung-raung. Lagi suka adelah sebab sejukkan.. hahah Tengah syiokkk makan tu, banyak pulak burung datang terbang dekat dengan meja kitaorang ni. Bukan burung biasa tapi burung kakak tua!!! Ni first time aku tengok jenis yang liar macam ni. Jinak sungguh! Bukan sekor dua yang ada, tapi ade dalam lebih dari 10 ekor yang datang terbang rendah. Maybe nak makanan kitaorang kot?
Dah setel makan, kemas barang semua... maka bergeraklah menuju ke Puffing Billy.
Aku memang target nak naik train yang pukul 2.30 petang sebab tu yang last train kalo tak silap aku untuk hari tu. Park kereta dulu dan menapak menuju ke Puffing Billy Station.
Bila sampai kaunter tu, macam biasalah tengoklah kat papan tanda harga tu. Harga tiket yang aku nak tu macam takde. Semuanya bila tengok haishh mahal giler okayyy! Semua pakat macam takmo naiklah kalo kene bayar dalam AUD40/pax. Giler! Aku macam musykil la kan.. sebab harga yang aku nak naik dari Belgrave menuju ke Menzies Creek ada dalam AUD26/pax untuk return journey. Okla not bad la harga tu since sekadar nak merasa je. Jadiknya aku gatal mulut pegi tanya balik pegawai kat kaunter tu sebab nak kepastian. Alhamdulillah... tiket yang berharga AUD26/pax tu memang ada. Cuma takde kat papan tanda tu. Teruslah beli untuk 6 orang.
Maka tiket train aku beli adalah dari Belgrave menuju ke Menzies Creek.
Since time ni dalam pukul 1.30 petang, teruslah kitaorang shalat zohor & asar terus kat sini. Sementara nak tunggu train bergerak. Ingatkan takdela orang sangat yang nak naik train ni, tapi bila tengok makin ramai pulak yang datang. Kebanyakkan tourist dari South Korea bila perasan bila dorang duk huha.
Tip: Better amek tahu jadual waktu train ni supaya takdela buang masa ataupun terlepas train.
happy face of Irdina Rafisa |
keratan tiket |
salah satu daripada kepala keretapi stim |
Sebelum layan gambar sebelom keretapi ni bergerak, aku nak cerita sedikit secara ringkas ikut zaman berkenaan Puffing Billy ni. Harap tak bosan la ye.. ade jugak pekdahnya tau skit asal-usul. Lepas ni layan gambar lak okay~
The Upper Ferntree Gully - Gembrook Railway (1900 - 1953)
Jaluran keretapi Puffing Billy merupakan bahagian asal Victorian Railways yang menghubungkan kawasan Upper Ferntree Gully dan jugak Gembrook. Laluan ini telah menghubungkan kawasan Dandenong Ranges yang merupakan kawasan yang dihuni oleh penduduk bagi membolehkan mereka berhubung dengan dunia luar.
Pada ketika itu, ianya dikenali sebagai "The Little Train" yang membawa segala jenis bahan yang terdiri daripada surat, penumpang, kayu balak, hasil pertanian, dan jugak bir untuk pub-pub diatas bukit sana. Semua ini dibawa sekaligus bersama penumpang yang lain. Walaupun pada ketika tu, keretapi jenis ini memang sangat perlahan dari segi kelajuan jikalau nak dibandingkan dengan keretapi zaman sekarang, tetapi penduduk masih kagum keselesaan, dan kemudahan yang ditawarkan oleh steam train.
pintu gerabak sudahpun dibuka! jom naik! |
cara duduk yang wajib kalo naik keretapi Puffing Billy nih! |
Pada Disember 1954, khabar "The Sun" telah mengadakan free train rides dari Upper Ferntree Gully dan Belgrave untuk kanak-kanak di Melbourne sebagai tanda selamat tinggal kepada keretapi kesayangan ramai ini. Ianya telah menjadi sesuatu yang hebat pada ketika itu yang mana ribuan kanak-kanak telah membanjiri kawasan keretapi ni untuk melihat saat-saat terakhir bagi keretapi stim ini sebelum ditamatkan perkhidmatannya.
Tetapi, ianya dibantah oleh orang ramai yang mana Puffing Billy harus diselamatkan untuk generasi akan datang. Katanya macam tu lah! Pakatan untuk menyelamatkan Puffing Billy telah dilobi oleh "The Puffing Billy Preservation Society" pada tahun 1955 yang telah berjaya menyakinkan pihak Victorian Railways menjalankan operasi Puffing Billy hanya pada hujung minggu dan cuti umum. Tak lama kemudian... Puffing Billy terus menjadi perhatian keluarga di Melbourne.
lambaian raja dan ratu ketika keretapi mula bergerak meninggalkan kawasan Belgrave Station |
bye!!! bye!!! bye!!! |
melalui jambatan kayu. klasik! |
Kisah masih bersambung pada era yang sama....
Kegemilangan Puffing Billy tidak bertahan lama apabila pada tahun 1958, sesuatu telah melanda! Ianya berlaku apabila kawasan pinggir seperti Upwey, Tecoma dan Belgrave mula berkembang dan mereka memerlukan rangkaian keretapi elektrik yang lebih laju yang telah memaksa rangkaian keretapi lama dimusnahkan. Dan sekali lagi, Puffing Billy dipaksa untuk bersara lebih awal. Tetapi... sesuatu yang menarik perhatian apabila sekumpulan sukarelawan memulakan satu tugasan yang besar untuk membina semula laluan keretapi di Belgrave untuk Puffing Billy! Mereka telah membina sebuah stesen yang baru, engine shed, meratakan tanah runtuh dikawasan sekitar dan memperbaiki rangkaian jalan keretapi yang lama.
Pada tahun 28 Julai 1962, orang ramai membanjiri kawasan Belgrave untuk menyambut kepulangan gemilang bagi Puffing Billy yang mana 1 lokomotif 7A telah bergerak meninggalkan stesen Belgrave menandakan keretapi pertama meninggalkan menuju ke Menzies Creek. Sejak daripada itu, masyarakat memberikan sokongan padu dan Puffing Billy telah berjaya membuatkan pembukaan semula beberapa stesen yang telah ditutup sebelum ini seperti Emerald, Lakeside, dan akhirnya kembali semula ke Gembrook.
lebih kurang 30 minit dah sampai ke Menzies Creek |
Puffing Billy pada hari ini
Dikatakan lebih sibuk dari masa lalu yang gembira membawa penumpang yang datang dari seluruh dunia. Masih lagi menggunakan enjin lokomotif dan diesel yang telah berusia lebih dari 100 tahun buatan Amerika dan jugak Australia. Siapa sangka mereka yang bertungkus-lumus menyiapkan landasan ini tidak pernah bermimpi bahawasanya Puffing Billy akan menjadi Victoria's most popular attraction! Puffing Billy mempunyai kehidupannya sendiri. Operasinya tidak pernah ditanggung oleh subsidi kerajaan! Impressivekan? Kat Malaysia? Pffft! KTM tu pun boleh rugi!
Seperti mana yang kita lihat pekerja di Puffing Billy, mereka semuanya adalah sukarelawan! Yang mengabdikan diri bagi menghidupkan Puffing Billy. Pada ketika ini, Puffing Billy mempunyai kira-kira 500 orang sukarelawan yang aktif berkhidmat dan mereka masih memerlukan sukarelawan untuk memastikan Puffing Billy terus beroperasi.
Macam mana? Menarik?
Dah setel naik keretapi ni.. apa lagi. Hari dah macam nak petang dah. Ada lagi satu tempat nak terjah sebelum malam datang menyusul.
Nak tengok colorful huts?
Kalo tahun lepas, aku pegi tengok colorful huts ni kat Mornington Peninsula ---> SINI
Tapi tahun ni, aku pegi terjah kat Brighton Beach je. Tak jauh dari Melbourne CBD pun. Tak yah pegi jauh-jauh sampai ke Mornington Peninsula kalo nak tengok colorful huts.
Time ni dalam lebih kurang jam 5 petang camtu. Gloomy la jugak... plan asal nak tengok sunset, tapi mataharinya malu-malu berselindung disebalik awan tebal. Huk huk huk..
Bagi mereka nak datang sini, paling ideal kalo korang search kat GPS menuju ke "Middle Brighton Beach" nanti akan dibawa menuju ke kawasan letak kereta. Berbayar ye.. it's not free! About AUD4.50/jam. Pasrah!
Cakap banyak tak guna.. layan jela gambar...
pemandangan Melbourne City dari Brighton Beach. spot the tallest building in Melbourne? |
kawasan parking |
ada orang amek gambar wedding walaupun sejukkk time nih! |
Ok dah... malam tu kitaorang bawak dua kete. Masing-masing berpecah. Ada yang sibuk nak pegi K-Mart la sebab nak shopping barang rumah. Aku dan kawan bujang yang lain? Pegi ke CBD nak jejalan amek angin malam kat sekitar Flinders' Station sambil beli makanan skit untuk dinner. Lepak kat Federation Square sambil layan free wifi. Heavennya!
Tu je.
Bye!
No comments:
Post a Comment