Friday, October 25, 2013

Ram dan kegunaannya...



Assalamualaikum...






Ram dan kegunaannya...










Dalam entry ini, aku ditanya oleh Lana, apa itu ram.. Dan kali ni, aku tunjukkan rupa sebenar ram tersebut.. Bukan ram si penulis novel thriller tu ya.. Jauh sekali ramlah ram.. hehh..










Ram ni selalunya digunakan untuk menyulam samada menyulam dengan mesin ataupun menyulam dengan tangan.. Bila menyulam guna tangan, kerja akan jadi lebih mudah dan cepat.. Jika menyulam guna mesin, selalunya guna ram bersaiz besar.. Tapi jika menyulam guna tangan, cukuplah sekadar guna saiz yang kecil sahaja..










Boleh tengok pada gambar macam mana nak pasangkan ram ni pada kain..










ram dan kegunaannya 1


Asalnya macam ni.. Ni saiz ram paling kecil.. Harga dia RM5.80 kat sini.. Kat tempat lain tu aku tak tau la ya..







ram dan kegunaannya 2


Longgarkan skru untuk menanggalkan lingkaran dalam tu..







ram dan kegunaannya 3


Letakkan kain di atas bahagian dalam ram macam dalam gambar...







ram dan kegunaannya 4


Bahagian bawah/belakang...







ram dan kegunaannya 5


Lepas tu, tekap atau masukkan bahagian luar ram tadi secara perlahan-lahan.. Jangan main hentak je tau.. Kang patah pulak kayu ram tu..







ram dan kegunaannya 6


Tegangkan kain sebelum skru semula untuk mengetatkan ram tadi..







ram dan kegunaannya 7


Dan inilah hasilnya.. Jahitan akan nampak lebih kemas dan nak jahitpun takde la terkial-kial sebab kain tu dah tegang...










Jika nak jahit manik pada bahagian lengan atau bahagian yang terhad, sambungkan kain lengan tadi dengan kain lain dengan cara jelujur kasar. Bila dah siap jahitan manik tu, boleh la cabut kembali jahiran jelujur tadi.. Tujuan sambung dengan kain lain adalah untuk memuatkan kain tu masuk ke dalam ram..










p/s: Harap faham kegunaan ram ni ya.. Lepas ni boleh la jahit manik dengan menggunakan ram...






No comments:

Post a Comment