Monday, February 3, 2014

Kg Beng yang best..!



kg beng yang best 1


Boat Kg Beng




Kepada rakan blogger jangan salah paham dan jangan ingat Kg Beng ini kepunyaan Ben Ashaari..hahahahaha

Siapa yang duduk perak barang kali kenal dengan Kampung Beng yer dak..??  kepada sesiapa yang tak tau..lokasi iklan raya yang ada dialog mak dia mintak daging tapi anak-anak dia bawak seekor lembu haaa yang situ lokasi pengambaran dia adalah di Kg Beng...hehe

Baru-baru ini gua berkesempatan merasai suasana di Kampung Beng dengan join event Railway Tourism 2014 anjuran Kementerian Pelancongan Malaysia dengan kerjasama dari RTAM.


Dalam program ini kami di pecahkan kepada 3 kampung dan gua dan rakan blogger lain menginap di Kg. Beng


************************


Info Kg. Beng



Kampung Beng yang terletak di Mukim Durian Pipit, adalah sebuah perkampungan tradisional terletak di pinggir Tasik Chenderoh. Perkampungan ini berada di pinggir Hutan Simpan Piah dan pergunungan Piah serta di pertengahan Banjaran Titiwangsa yang terdapat Hutan Simpan Bintang Hijau.

Populasi penduduk di Kampung Beng adalah seramai 896 orang dengan 195 buah rumah di atas keluasan 3.9188 hektar. Terdapat enam perkampungan kecil yang membentuk Kampung Beng iaitu Kampung Durian Lubuk, Beng Dalam, Kampung Dusun, Kampung Sekolah, Kampung Durau dan Batu Ring. Jarak kampung ini dari Ipoh adalah kira-kira 60 kilometer, manakala dari Kuala Kangsar 35 kilometer serta mengambil masa selama 35 minit untuk sampai ke sini.

Keindahan dan keunikan Homestay (rumah inap) Kampung Beng menjadikan penginapan desa ini popular di kalangan penerbit filem untuk dijadikan lokasi penggambaran.


************************






Pengalaman gua lepak di kg beng memang sangat best..!! antara benda yang paling best ialah bila nak pergi ke kg ini kita kena manaiki bot yang power..!! vrooom...vrooomm bunyi bot dia..hihi






kg beng yang best 2


Jeti Kg Beng 


by lan careno (dia soh bagi kredit..siot)







*********************************






Pemandangan pagi kalau korang naik boat dari kg beng ini korang akan nampak gunung ganang yang seakan terbakar hihi.., cantik gila abag ang..!!






kg beng yang best 3




kg beng yang best 4




Ketika pagi buta naik boat kita dapat merasakan kesejukan...so bila sejuk muka kecut jer yer dak..? tu belum kita tengok yang dalam lagi..tak tau la kecut ke tak..hahahahahhaahahha






Tapi gua pasti mesti Lan punya yang dalam kecut hahahahahahaha..arghhh!!! lucah..lucah..!!





*********************************




Sepanjang menginap di kg beng antara aktiviti yang best ialah ketika ramai-ramai pergi ke air terjun.., tapi air dia takde la terjun sangat..hihi 






Dalam perjalanan nak ke air terjun kita akan melalui pelbagai onar rimba dan duri..ha apa jadah ayat gua pakai pun tak tau.., tapi memang pergh..!!! siap ada lalu bawah kabel elektrik lagi..so bila nak lalu masing-masing jerit






"oi...oi..., jangan pegang kabel"






"oi orang belakang..tunduk..tunduk..jangan pegang kabel.."










Gua yang poyo pun nak gak bersuara






" oi oi... pegang kabel untuk keselamatan.."








kg beng yang best 5



Kalau korang tengok gambar bawah ini ada gambar kabel elektrik yang kami kena lalu untuk sampai ke air terjun tu..








kg beng yang best 6






kg beng yang best 7

si comel yang menjadi pujaan orang kampung





Kemeriahan di air terjun tak dapat diungkap dengan kata-kata sebab dia punya best lain macam bila pergi dengan kawan-kawan ..., lagi best kepala otak blogger yang join ni semua samdul so memang lagi sempoi hahahaha




Masa di air terjun ni ada gak yang gelabah bila pacat melekat dekat kaki.. termasuk gua..hihi , dan lebih menduka citakan dan sukacita  ialah bila rakan blogger si Najeeb tergolek di gaung ketika dalam perjalanan balik hahahahahahaha....masa dia jatuh hari tu gua gelak dalam hati jer..hahahahahahahaha, tapi bila ingat balik gaya dia jatuh berguling tu membuatkan gua gelak lagi sekali...hahahahahahahahahaah


kg beng yang best 8


Nak tau yang mana Najeeb dia yang belakang sekali tu..., ha sila bayangkan macam mana gaya dia tergolek berguling di tepi gaung.. hahahahahahaha

*********************************





Untuk Pakej Perlancongan menaiki keretapi korang boleh wusha di WEBSITE INI


Bawah ni gua sertakan sekali Video Kenangan ketika di Kg Beng









Sekian...Peace (~_^)v
















No comments:

Post a Comment