Walau tinggal di dalam hutan
tidak kenal kayu dan rotan
duduknya kami berdekatan
bersua tidak berkesempatan
Label - Silalah telefon Seri Kandi jika anda berkeinginan untuk menikmati cheese tart yang lazat Aku menempah sebelum Hari Raya Haji. Ingatkan boleh dihidang buat anak-anak yang balik bercuti.Tidak ada rezeki si kakak-kakak. |
Tidak sabar - Baru dibuka untuk disnap gambarnya sudah ada tangan budak yang tidak sabar. Mana tidaknya biasa membeli warna kuning tetapi kali ini tart warna coklat. Rumah kami semuanya 'hantu' coklat. Filling pula strawberry sangat-sangat sedap gandingannya.Tidak sempatlah menanti kakak-kakak balik. |
Hutan tercemar perbuatan sengaja
durjana manusia tidak terperi
membelinya aku sedikit saja
berganda-ganda hadiah diberi
Rempah-ratus - Semua ini aku tidak membeli ye kawan-kawan tetapi Seri Kandi yang memberikan secara percuma. Terima Kasih Seri Kandi. |
Seratus - Mengalahkan pakar masak aku ingin juga memiliki set yang Seri Kandi jual ini. Kepada yang teringin untuk memiliki set ini silalah berhubung di nombor seperti lebel di gambar pertama. |
Posmen - Inilah Aini adik Sri Kandi (terima kasih Aini sayang) yang menjadi posmennya. Seri Kandi terlalu sibuk macam aku juga. Di tambah lagi dia mahu mengikut buah hati pengarang jantungnya yang outstation. |
~~ Sesuatu yang indah untuk dikenang bila aku berhenti dari berblog kelak, mungkin inilah dia.~~
No comments:
Post a Comment